Kamis, 07 September 2017

Wasiat Imam Syafi'i

Sebelum Imam Syafie رحمة الله تعالى pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut ;
.

“ Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
.

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN ( NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT )
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT ( TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT )
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK ( PENJAGA NERAKA )
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah سبحانه وتعالی , berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
.

KEDELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN ( MALAIKAT PENJAGA SYURGA )
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI صلى الله عليه وسلم
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH سبحانه وتعالی 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

0 komentar:

Posting Komentar

About Me

maqolun náhihuin
Lihat profil lengkapku